Fish Research

Friday 22 September 2017

Jenis Joran

5 Jenis Joran Yang Popular


Joran adalah satu komponen penting apabila hendak mengail. Terapat pelbagai jenis joran pancing yang mempunyai ukuran dan ciri-ciri yang berbeza. Ada yang sesuai digunakan di sungai, muara, laut dalam dan sebagainya. Mari kita mengenali jenis-jenis joran yang ada.

1.  Joran Ice Fishing

  • Joran ice fishing ini sangat sesuai digunakan kebiasaanya untuk memancing di kolam.
 
  • Joran seperti ini lebih sesuai digunakan untuk memancing pelbagai ikan pemangsa air tawar seperti keli, ikan kap, belanak, tilapia dan sebagainya.







2.  Joran Spinning

  • Joran spinning adalah joran yang mempunyai rel spinning. 
  • Joran ini biasanya digunakan apabila memancing menggunakan teknik casting. Di mana ketepatan dan jarak lontaran joran ini sesuai digunakan untuk memancing teknik casting di laut. 
  • Joran ini sesuai digunakan untuk memancing ikan-ikan besar di laut seperti ikan kerapu dan sebagainya.







 3. Joran Baitcasting

  • Joran baitcasting merupakan joran yang sesuai digunakan memancing di tempat-tempat yang sulit dan sempit. Biasanya di kawasan berpaya dan sungai. 
  • Untuk menggunakan jenis joran yang ini agak rumit kerana memerlukan fokus yang tinggi.
  • Cara penggunaan dan pelemparannya berbeza sedikit iaitu dilempar dari arah tepi ke depan, bukan dari belakang ke atas. 
  • Joran ini ini sangat sesuai untuk memancing ikan yang berada di perairan keruh.




4.  Joran Antena (Telescophic)

  • Joran ini mungkin yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan pemancing kerana paling mudah untuk digunakan. 
 
  • Di samping itu, untuk membawanya dan mengatur kepanjangan joran adalah mengikut cita rasa penggunanya. Dimana joran antena ini juga disebut sebagai joran antena yang boleh disambung sesuka hati.





5. Joran Trolling

  •  Joran trolling adalah joran yang direka khas untuk pemancing yang suka  menngunakan teknik trolling. 
    Teknik trolling sendiri adalah teknik memancing ikan dengan cara menbawa umpan di atas kapal dengan kelajuan yang sama. 
 
  • Jenis joran seperti ini menggunakan reel jenis overhead (reel yang di pasang di atas joran).






 _______________________________________________________________________________________________________________________________________

Terima kasih kerana membaca. (^_^)
 

3 comments:

  1. Syafiq Haiqal08:22

    ni ke jenis joran yang ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak awak. ade bnyk lagi.. tpi tu yang popular

      Delete
    2. Syafiq Haiqal08:23

      ohh ye ke... trime kasih bagitahu.

      Delete