7 Jenis Mata Kail
Kelengkapan yang memang perlu ada apabila memancing memanglah mata kail. Tanpanya macam mana ikan nak ditangkap.
1. Octopus Hooks
Mata kail yang terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya. Ia hampir boleh digunakan untuk semua bentuk pancingan.
2. O'Shaughnessy Hooks
Mata kail tradisi untuk pancingan air masin. Sesuai untuk menyangkut banyak jenis umpan.
3. Baitholder Hooks
Mata kail yang popular untuk kegunaan menyangkut atau memegang umpan terutamanya cacing, perumpun ataupun katak.
4. Weedless Hooks
Mata kail kalis sangkut yang sesuai untuk pancingan haruan atau toman sama ada menggunakan umpan katak atau dipasang pada gewang.
5. Double Hooks
Mata dua yang mengurangkan risiko sangkut bagi menggantikan mata tiga pada sesudu atau gewang katak plastik.
6. Treble Hooks
Mata kail tiga atau mata tiga yang banyak digunakan pada umpan tiruan dan aktiviti memancing lainnya.
7. Swordfish Hooks
Mata kail yang banyak digunakan untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus mega. Juga sesuai untuk memancing ikan toman.
_______________________________________________________________________________________________________________________
![]() |
Itulah sedikit sebanyak mengenai mata kail. (^_^) |
thanks for the info.. sngat membantu.
ReplyDeletewelcome awak^^
Delete