Fish Research

Wednesday 20 September 2017

Perbezaan Antara Ikan Air Masin dan Ikan Air Tawar


Bolehkah ikan air tawar hidup dalam air laut dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Pernahkah anda tertanya-tanya tentang itu?

          Ikan yang hidup di laut dan di sungai mempunyai perbezaan yang tertentu. Oleh itu, mari kita kenali perbezaan mereka.

          Menurut WikipediaIkan air tawar adalah spesies ikan yang menghabiskan kebanyakan atau keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar, seperti sungai dan tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05%.

          Walaupun beberapa jenis ikan boleh hidup di dalam air masin atau air tawar, majoriti besar memerlukan persekitaran tertentu. Komposisi air menentukan di mana ikan air masin dan ikan air tawar boleh hidup.

          Aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan
perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan, insang dan fungsi ginjal.

         
Tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya. Untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi, ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya.

         
Sebaliknya, tisu badan di dalam air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya, air terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing.

         
          Jadi, bolehkah ikan air tawar hidup dalam air laut dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya.


Contoh-contoh ikan air masin :
 

 



















Contoh-contoh ikan air tawar : 





Itu sahaja untuk post kali ini. Sekian (^_^)






2 comments:

  1. Muhammad Faiz08:16

    nice info.. thanks for sharing

    ReplyDelete