Fish Research

Saturday 23 September 2017

Umpan Popular

5 Umpan Paling Popular di Kalangan Kaki Pancing

 

 

Umpan ialah sesuatu yang diletakkan pada mata kail (diletak pada perangkap dan lain-lain tempat) untuk mengumpan atau menangkap ikan.Umpan memainkan peranan penting dalam menangkap jenis ikan yang ingin diburu.Jadi, mari kita tengok umpan mana yang menjadi pilihan dalam kalangan kaki-kaki pancing.

 

 1. Belalang


Umpan semulajadi ini dapat dijumpai kebiasaannya di kawasan berumput. Umpan ini boleh dianggap sebagai umpan untuk golongan pemancing yang bertahap beginner.

Ikan target : Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara penggunaan : Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai : Kawasan berparit, tali air sawah padi.


2. Gewang

Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik, lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan. 

Ikan target : Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan : Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai : Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia yang menggunakan kaedah ini.


3. Udang






 Umpan paling popular selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap sebagai umpan favourite bagi semua jenis ikan.

 Ikan target : Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan : Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai : Kolam air masin, muara, laut, sungai.


4. Umpun-umpun





 
Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggal di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpun-umpun yang dapat dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau dan merah.

Ikan target : Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan : Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan di muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai : Muara, sungai, kolam udang.


5. Cacing

 
Dianggap umpan yang paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.

 Ikan target : Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila bila masa.
Lokasi sesuai : Parit, sungai, terusan sawah padi.


 _______________________________________________________________________________________________________________________

Itu sahaja untuk post kali ini. (^_^)




 

3 comments:

  1. Nur Aiman08:25

    pengetahuan baru ni.. trime kasih

    ReplyDelete
  2. The Best Casino Games Online - DrmCD
    The Best Casino Games Online. At DrmCD, we only recommend playing 밀양 출장마사지 casino games 수원 출장안마 online. Find out more about this casino. Play 익산 출장마사지 the 김천 출장안마 best casino 용인 출장마사지 games online.

    ReplyDelete